Sistem koordinat Sistem_koordinat_cakerawala

Jadual di bawah menyenaraikan sistem koordinat piawai yang digunakan dalam kalangan ahli falak. Satah asasi membahagikan sfera kepada dua hemisfera yang sama dan mentakrifkan garis dasar untuk latitud yang setaraf dalam koordinat. Ini ditakrifkan bersamaan dengan khatulistiwa dalam sistem koordinat geografi (GSC). Kedua-dua titik yang terletak 90° dari satah asasi dipanggil kutub. Di lajur koordinat memberikan sistem koordinat yang setara dengan GSC.

Sistem koordinat [2]Satah asasiKutubKoordinat
Mengufuk
(juga dikenali Alt/Az atau Az/El)
UfukZenit/nadirDongakan (juga dikenali sebagai altitud) - azimut - meridian
KhatulistiwaKhatulistiwa cakerawalaKutub cakerawalaKeserongan - jarak hamal atau sudut jam
GerhanaBergerhanaKutub gerhanaLatitud gerhana - longitud gerhana
GalaksiSatah galaksiKutub galaksiLatitud galaksi - longitud galaksi
Super galaksiSatah super galaksiKutub super galaksiLatitud super galaksi - longitud super galaksi

Sistem mengufuk

Sistem koordinat mengufuk atau altitud-azimut adalah sistem berdasarkan kedudukan pemerhati dari Bumi, yang beredar pada paksinya sekali pada setiap hari ikut bintang atau hari siderius (23 jam, 56 minit dan 4.091 saat) yang berhubungan dengan latar belakang bintang "tetap". Kedudukan suatu jasad samawi atau objek astronomi mengikut sistem ini berubah dengan masa tetapi ia adalah satu sistem koordinat yang berguna bagi mencari dan menjejaki suatu jasad untuk pemerhati di bumi. Ia berdasarkan kedudukan relatif bintang kepada ufuk yang bersesuaian dengan si pemerhati.

Sistem khatulistiwa

Sistem koordinat khatulistiwa berpusat di pusat Bumi tetapi ia tetap relatif terhadap bintang dan galaksi yang jauh. Ia berdasarkan kedudukan relatif bintang kepada khatulistiwa bumi jika ia diunjurkan dengan jarak tak terhingga (jarak infinit). Khatulistiwa itu menggambarkan langit seperti yang dilihat daripada sistem suria dan peta bintang moden yang hampir secara eksklusif menggunakan koordinat khatulistiwa.

Sistem ini juga merupakan sistem koordinat yang sering digunakan oleh ramai ahli falak amatur dan profesional yang mempunyai lekapan khatulistiwa, mengikuti pergerakan langit pada waktu malam. Jasad samawi boleh dijumpai dengan melaras teleskop atau skala alatan yang lain supaya ia sepadan dengan koordinat khatulistiwa jasad yang ingin diperhatikan.

Sistem gerhana

Sistem koordinat gerhana atau sistem koordinat ekliptik adalah sistem koordinat utama yang digunakan dalam ilmu falak kuno dan ia masih berguna untuk mengira gerakan ketara matahari, bulan dan planet.[3]

Sistem ini menjelaskan pergerakan orbit planet yang mengelilingi matahari dan pusat pada pusat jisim sistem suria (iaitu jasad yang sangat hampir dengan matahari). Satah asasinya ialah satah orbit Bumi yang dipanggil sebagai satah gerhana. Sistem ini digunakan terutamanya dalam mengira kedudukan planet dan jasad sistem suria yang lain serta mentakrifkan unsur berorbitnya.

Sistem galaski

Sistem koordinat galaksi menggunakan satah penghampiran galaski kita sebagai satah asasi. Sistem suria masih merupakan pusat bagi sistem koordinat ini dan takat sifar ditakrifkan sebagai arah ke pusat galaski. Latitud galaksi menyerupai ketinggian (dongakan) melebihi satah galaski dan longitud galaksi menentukan arah relatif ke pusat galaksi.

Sistem super galaksi

Sistem koordinat super galaksi bersepadanan dengan satah asasi yang mempunyai bilangan purata galaksi yang lebih tinggi di angkasa seperti yang dilihat dari Bumi.